Thursday, 8 November 2012

we follow ur theme :)


Sejahtera kepada semua..

Semoga semua di rahmati Tuhan hendaknya..

Sedikit pengumuman untuk anda..di mana semua majlis anda akan kami sediakan berkisarkan kepada tema majlis anda..

Apa yang anda perlu buat hanyalah email kepada kami details tentang majlis tersebut..termasuk beberapa keping gambar ..warna tema ke..terpulang la..insyaallah kami akan memeriahkan sudut dessert anda sehabis baik :)

Baru baru ini..kami dapat satu tempahan tema tadika..warna warni keadaan majlis itu..whoaa...sungguh meriah !

Kami sedaya upaya ingin memberikan servis terbaik...maka bantulah kami dengan beri gambaran yang best best..hehe

Sunday, 21 October 2012

Choco Event

Salam Semua..

Lama sangat tak update sebab sekarang saya tgh praktikal...so masa agak lari dari jadual biasa..sekarang saya slow sikit buat Choc Fountain ni..tapi masih terima tempahan..cuma tak update dlm blog.. ada beberapa event yg BBFE dah buat..and alhamdulillah, walau ada sedikit masalah..semuanya terkawal..

Majlis hari tu di Klang, ni majlis perkahwinan..walaupun ringkas majlis tu, tapi kunjungan tak putus-putus..hehe..tanda majlis tersebut di redhai :) InsyaAllah..

Tema majlis ni colour biru..so kami ikut la tema :)

 agak serabut sebab BBFE guna meja kecil..
perlu improve lagi!

Dari sudut depan

Sekian :)

Friday, 21 September 2012

Freshie Meshie II


This time nak share tentang kelebihan buah anggur pulak..makan tu makan jugak..tapi kena tahu kebaikan dia..yela..nak beri orang makan bukan setakat kasi perut kenyang..bukan setakat berbisnes..mesti lengkap semua pengetahuan sebelum serve pada customer..

Sama seperti post yang lepas..di mana kami menekankan kepada kesegaran strawberry..anggur kami juga di import dari luar negara..selalunya dari India..Seedless grapes..

Moh baca sikit tentang kelebihan buah segar ni..

KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR SEGAR

Mempunyai vitamin A,B,C,E dan K
Dapat menghilangkan bau mulut yang berbau
Mencairkan lendir dan kahak
Menghilangkan rasa lenguh dan letih
Menghilangkan perasaan marah/moody
Boleh menguningkan warna kulit
Menguatkan emosi (perasaan)
Mengubati penyakit batuk2
Menghilangkan rasa pedih atau sakit pada buah pinggang dan pundi kencing
Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah hadam
Menguatkan hati dan jantung (memang terbukti)

BIJI ANGGUR juga sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik. Kalau kita makan anggur jangan sekali2 di buang bijinya. Kunyah hancur dan telan. Kulit akan lebih cantik kerana kandungan vitamin E.

Nota
Banyakkan khasiat buah2an dalam dunia ini. Pilih sajalah mana yang baik untuk santapan dan kesihatan kita. Banyakkan minum air masak dan makan buah2an serta sayur2an dapat memberi kekuatan pada badan dan melawan penyakit terutama yang senang mendapat selsema dan demam.

Thursday, 13 September 2012

Freshie Meshie


Salam sekali lagi..

Haaa..normal bagi penyediaan choc fountain ni..kami akan menggunakan buah strawberry..mula-mula kami biasa beli di Cold Storage, Tesco atau Giant..tapi baru baru ni kami telah menjumpai satu pembekal strawberry di mana strawberry nya agak segar dan bersize cantik..haha..ade ke size cantik? Maksud kami size dia sangat ngam untuk di gunakan di dalam penyediaan choc fountain ni..

Kami telah deal dengan pembekal ini di mana kami mahukan buah buah dari luar negara. Sebab rasanya agak berlainan dan kurang masam..

Kebanyakan buah dari Bubbly Bubble kami perolehi dari Egypt, Iran , Korea dan India..alhamdulillah ok semuanya..walaupun harganya agak mahal..tetapi bagi nak make sure kesegaran di sepanjang majlis..itu sungguh berbaloi buat kami..Kepuasan pelanggan sangat di titik beratkan..

Biasanya kami akan tempah berkotak-kotak bagi sesebuah majlis..bergantung kepada kapasiti jamuan anda..dan stok selalunya akan sampai sehari sebelum hari majlis..memang bermutu..alhamdulillah!

Sunday, 26 August 2012

Anim got engaged!!

Salam All,

Haritu, hari raya yang ke 7..BBFE ada buat satu event di Shah Alam..hehe..di rumah saudara sendiri. Alhamdulillah..full support dari semua sanak saudara untuk Chocolate Fountain ni..ramai yang kerumun sebab Chocolate Fountain ni memang tarikan untuk sesuatu majlis :)

Persiapan semua di buat pada malam majlis..buah-buahan,marshmelo,untuk memastikan kesegaran 'mereka' :P . Oleh sebab BBFE ada buat decoration untuk majlis tu..so kita kene tau tema pelanggan la kan..BBFE minta pelanggan emailkan gambar pasangan..kalau boleh nak lebih dari 3 keping yang berlainan..deko-deko :) Mini bunting pun kami ada pasang..atas meja la..sebab mini kan..huhu

ROughly, sangat seronok hari tu..selain chocolate fountain ni..seronok tengok Anim dah bertunang :) i'm happy for you dear!

Ada sedikit gambar yang nak di kongsikan sepanjang majlis pertunangan tersebut :

Sesi Pertunangan 

Ni sepupuku..Anim. and tunang dia..Mr Muhsin..on that day, dorang nampak sangat cute :) sangat suka tengok mereka!

Half je yang hadir..tapi still meriah !

 Ada cincin dalam tu :)

 Semua hantaran ni di buat sendiri oleh family sepupu saya
Jimat !




 Chocolate Fountain

 Ada dekorasi untuk Chocolate Fountain tau! 
Just beritahu tema ape..nnt kami akan customize.



 Saya :))



Secara keseluruhan, majlis berjalan dengan lancar..katering pun sedap! 
Alhamdulillah.

Nota Kaki 1 : Agak2nya bila la saya nak bertunang??huhu

Monday, 23 July 2012

Ramadhan Datang lagi


Salam Semua Kawan2 yang beragama islam :)
Selamat Meningkatkan Amalan Di Bulan Ramadhan.
Ikhlas dari Bubbly Bubble For Event ( BBFE)

Sempena dengan ramadhan 2012 ni, BBFE ade sedikit info untuk di kongsi utk semua:

Sikap Negatif umat islam di bulan ramadhan

  1. Puasa kita anggap sebagai adat, bukan ibadah
  2. Kita berpuasa just tahan lapar , haus je..tapi umpat keji gossip tipu and berkata kasar still jalan
  3. Kita suka tinggalkan kelebihan bersahur, sahur pula di awal waktu..awal sangat dalam pukul 12 malam..sunnah utk melewatkan sahur tau :)
  4. Kita semangat buat solat sunat tarawikh..tapi solat fardhu still lobang2
  5. Amalan korang semua tip top, tapi family and rakan2 kita tak ajak dorg
  6. Sungguh2 kita hidupkan amalan di awal ramadhan..sedangkan banyak hadith yg sebut ttg kelebikan beramal di 10 malan yang terakhir
  7. Kita just baca Quran utk lumba siapa khatam dulu, tapi tafsir dan isi Quran tu kita tak tahu
  8. Spent so much time utk tengok TV, borak2..tidur ( tidur memang ibadah, tapi jangan tidur je..hehe)
  9. Zakat jangan lupa bayar!
  10. Lewatkan pengeluaran zakat fitrah, sedangkan Rasulullah sarankan utk kita byr awal..spy dapat agihkan utk sape2 yg memerlukan :)

Saturday, 21 July 2012

marshy-mello

Holla..

Sekali lagi nak sembang tentang bahan yang kami gunakan di dalam penyediaan sudut pancuran coklat di majlis-majlis

Alhamdulillah..semua bahan mentah yang kami gunakan adalah berasaskan produk yang halalan toyyiban..kerana most of our customer memang daripada golongan beragama islam..

Hari ni kita sembang tentang marshy-mello..hihi
Untuk siapa yang maybe tak pernah tengok rupa makanan comel ni..kami letak picture mereka..memang comel..dengan warna yang sangat memikat hati..berwarna warni...nampak warna lembu dan suci ajeee...




Kan??? kami tak tipu sebab warna dorang memang sweet sekali..rasanya kenyal kenyal macam span..
and kalau di makan secara bakar pun lazattt...

nyummy!

Wednesday, 16 May 2012

Us !

Salam Semua ;)

Hi, Nak kenalkan kat korang  semua tentang servis kami. 
Kami adalah Bubbly Bubble For Event :D


Apa yang kami tawarkan pada anda semua? Haaa..biasanya anda semua ada nampak tak kat majlis2 perkahwinan ada kiosk or meja2 letak bubur jagung ke..satay ke..laksa2 ke..ade kan?
So, kitorg sekarang ni offer perkara yang lebih kurang sama, cuma produk yang lebih berbeza dan seronok! Plus Sedap :)

Kalau korang semua nak buat majlis kenduri kawen ke..majlis cukur jambul ke...atau korang adalah Event Manager utk company ke..haaa...makanya Kami boleh membantu anda untuk kasi meriah majlis tu.. meriah dari sudut tawaran makanan tau..bukan aktiviti majlis .