Friday, 21 September 2012

Freshie Meshie II


This time nak share tentang kelebihan buah anggur pulak..makan tu makan jugak..tapi kena tahu kebaikan dia..yela..nak beri orang makan bukan setakat kasi perut kenyang..bukan setakat berbisnes..mesti lengkap semua pengetahuan sebelum serve pada customer..

Sama seperti post yang lepas..di mana kami menekankan kepada kesegaran strawberry..anggur kami juga di import dari luar negara..selalunya dari India..Seedless grapes..

Moh baca sikit tentang kelebihan buah segar ni..

KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR SEGAR

Mempunyai vitamin A,B,C,E dan K
Dapat menghilangkan bau mulut yang berbau
Mencairkan lendir dan kahak
Menghilangkan rasa lenguh dan letih
Menghilangkan perasaan marah/moody
Boleh menguningkan warna kulit
Menguatkan emosi (perasaan)
Mengubati penyakit batuk2
Menghilangkan rasa pedih atau sakit pada buah pinggang dan pundi kencing
Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah hadam
Menguatkan hati dan jantung (memang terbukti)

BIJI ANGGUR juga sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik. Kalau kita makan anggur jangan sekali2 di buang bijinya. Kunyah hancur dan telan. Kulit akan lebih cantik kerana kandungan vitamin E.

Nota
Banyakkan khasiat buah2an dalam dunia ini. Pilih sajalah mana yang baik untuk santapan dan kesihatan kita. Banyakkan minum air masak dan makan buah2an serta sayur2an dapat memberi kekuatan pada badan dan melawan penyakit terutama yang senang mendapat selsema dan demam.

Thursday, 13 September 2012

Freshie Meshie


Salam sekali lagi..

Haaa..normal bagi penyediaan choc fountain ni..kami akan menggunakan buah strawberry..mula-mula kami biasa beli di Cold Storage, Tesco atau Giant..tapi baru baru ni kami telah menjumpai satu pembekal strawberry di mana strawberry nya agak segar dan bersize cantik..haha..ade ke size cantik? Maksud kami size dia sangat ngam untuk di gunakan di dalam penyediaan choc fountain ni..

Kami telah deal dengan pembekal ini di mana kami mahukan buah buah dari luar negara. Sebab rasanya agak berlainan dan kurang masam..

Kebanyakan buah dari Bubbly Bubble kami perolehi dari Egypt, Iran , Korea dan India..alhamdulillah ok semuanya..walaupun harganya agak mahal..tetapi bagi nak make sure kesegaran di sepanjang majlis..itu sungguh berbaloi buat kami..Kepuasan pelanggan sangat di titik beratkan..

Biasanya kami akan tempah berkotak-kotak bagi sesebuah majlis..bergantung kepada kapasiti jamuan anda..dan stok selalunya akan sampai sehari sebelum hari majlis..memang bermutu..alhamdulillah!