Sunday, 26 August 2012

Anim got engaged!!

Salam All,

Haritu, hari raya yang ke 7..BBFE ada buat satu event di Shah Alam..hehe..di rumah saudara sendiri. Alhamdulillah..full support dari semua sanak saudara untuk Chocolate Fountain ni..ramai yang kerumun sebab Chocolate Fountain ni memang tarikan untuk sesuatu majlis :)

Persiapan semua di buat pada malam majlis..buah-buahan,marshmelo,untuk memastikan kesegaran 'mereka' :P . Oleh sebab BBFE ada buat decoration untuk majlis tu..so kita kene tau tema pelanggan la kan..BBFE minta pelanggan emailkan gambar pasangan..kalau boleh nak lebih dari 3 keping yang berlainan..deko-deko :) Mini bunting pun kami ada pasang..atas meja la..sebab mini kan..huhu

ROughly, sangat seronok hari tu..selain chocolate fountain ni..seronok tengok Anim dah bertunang :) i'm happy for you dear!

Ada sedikit gambar yang nak di kongsikan sepanjang majlis pertunangan tersebut :

Sesi Pertunangan 

Ni sepupuku..Anim. and tunang dia..Mr Muhsin..on that day, dorang nampak sangat cute :) sangat suka tengok mereka!

Half je yang hadir..tapi still meriah !

 Ada cincin dalam tu :)

 Semua hantaran ni di buat sendiri oleh family sepupu saya
Jimat !




 Chocolate Fountain

 Ada dekorasi untuk Chocolate Fountain tau! 
Just beritahu tema ape..nnt kami akan customize.



 Saya :))



Secara keseluruhan, majlis berjalan dengan lancar..katering pun sedap! 
Alhamdulillah.

Nota Kaki 1 : Agak2nya bila la saya nak bertunang??huhu

Monday, 23 July 2012

Ramadhan Datang lagi


Salam Semua Kawan2 yang beragama islam :)
Selamat Meningkatkan Amalan Di Bulan Ramadhan.
Ikhlas dari Bubbly Bubble For Event ( BBFE)

Sempena dengan ramadhan 2012 ni, BBFE ade sedikit info untuk di kongsi utk semua:

Sikap Negatif umat islam di bulan ramadhan

  1. Puasa kita anggap sebagai adat, bukan ibadah
  2. Kita berpuasa just tahan lapar , haus je..tapi umpat keji gossip tipu and berkata kasar still jalan
  3. Kita suka tinggalkan kelebihan bersahur, sahur pula di awal waktu..awal sangat dalam pukul 12 malam..sunnah utk melewatkan sahur tau :)
  4. Kita semangat buat solat sunat tarawikh..tapi solat fardhu still lobang2
  5. Amalan korang semua tip top, tapi family and rakan2 kita tak ajak dorg
  6. Sungguh2 kita hidupkan amalan di awal ramadhan..sedangkan banyak hadith yg sebut ttg kelebikan beramal di 10 malan yang terakhir
  7. Kita just baca Quran utk lumba siapa khatam dulu, tapi tafsir dan isi Quran tu kita tak tahu
  8. Spent so much time utk tengok TV, borak2..tidur ( tidur memang ibadah, tapi jangan tidur je..hehe)
  9. Zakat jangan lupa bayar!
  10. Lewatkan pengeluaran zakat fitrah, sedangkan Rasulullah sarankan utk kita byr awal..spy dapat agihkan utk sape2 yg memerlukan :)

Saturday, 21 July 2012

marshy-mello

Holla..

Sekali lagi nak sembang tentang bahan yang kami gunakan di dalam penyediaan sudut pancuran coklat di majlis-majlis

Alhamdulillah..semua bahan mentah yang kami gunakan adalah berasaskan produk yang halalan toyyiban..kerana most of our customer memang daripada golongan beragama islam..

Hari ni kita sembang tentang marshy-mello..hihi
Untuk siapa yang maybe tak pernah tengok rupa makanan comel ni..kami letak picture mereka..memang comel..dengan warna yang sangat memikat hati..berwarna warni...nampak warna lembu dan suci ajeee...




Kan??? kami tak tipu sebab warna dorang memang sweet sekali..rasanya kenyal kenyal macam span..
and kalau di makan secara bakar pun lazattt...

nyummy!

Wednesday, 16 May 2012

Us !

Salam Semua ;)

Hi, Nak kenalkan kat korang  semua tentang servis kami. 
Kami adalah Bubbly Bubble For Event :D


Apa yang kami tawarkan pada anda semua? Haaa..biasanya anda semua ada nampak tak kat majlis2 perkahwinan ada kiosk or meja2 letak bubur jagung ke..satay ke..laksa2 ke..ade kan?
So, kitorg sekarang ni offer perkara yang lebih kurang sama, cuma produk yang lebih berbeza dan seronok! Plus Sedap :)

Kalau korang semua nak buat majlis kenduri kawen ke..majlis cukur jambul ke...atau korang adalah Event Manager utk company ke..haaa...makanya Kami boleh membantu anda untuk kasi meriah majlis tu.. meriah dari sudut tawaran makanan tau..bukan aktiviti majlis .