Tuesday, 5 February 2013

Tekanan


Wuhuuu...hello and assalamualaikum..

hari ni kami nak kongsikan cara atasi stress..sebelum ni pun selalu sangat rasa stress..maklum lah bekerja dalam bahagian sales and marketing kan..jumpa pelbagai jenis orang..nak kejar target..so memang selalu rasa tekanan bekerja...

Tapi yang pastinya kerja ape pun memang ada tekanan tu kan.tak kira la di mana atau siapa pun kita..makin tinggi pangkat..makin stress bertambah..

Kami sendiri..tidak dapat menipu kalau cakap tak ada tekanan menyediakan persediaan untuk majlis customer..tapi itu semua membuatkan kami belajar dan semestinya pada hari majlis adalah tempat yang paling seronok sebab dapat jumpa ramai orang dan insyaallah kami akan buat serve yang terbaik untuk anda!

Ada beberapa tips bagi mengatasi masalah tekanan ni..antaranya :

Ø KETAWA-tiada cara yg paling mudah dan berkesan selain drp ketawa. Ketawa merupakan terapi paling berkesan bagi mengurangkan kesan stres pd diri anda. Malah, ketawa juga membuat hati anda lebih tenang dan lega. Bukan itu sahaja, melihat anda ketawa juga menyenangkan hati org disekeliling anda. Oleh itu, jgn malu utk ketawa atau sekurang2nya senyum.

Ø URUTAN SENDI- kadangkala bebanan kerja yg bnyk membuatkan otot2 badan tegang. M’hadap komputer seharian juga mgkin blh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan pd sendi2 anda bermula pd titik2 akupuntur, sekitar hidung dan ditepi mata bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan letih. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.

Ø BERJALAN- tubuh badan yg stress m’buat anda rasa keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang2nya selama 10 mnt jika anda rasa tubuh bdn anda tidak bermaya dgn berjalan, anda dpt mengurangkan tekanan pd seluruh bahagian tubuh bdn ketika bekerja.

Ø DOA- ketika anda stress kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yg berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yg lbh berkesan utk menghilangkan stress dan sekaligus dpt mendekatkan diri kpd Allah.

Sedikit je info untuk hari ni..nanti ada masa kami top up lagi :P

No comments:

Post a Comment